NEW DELHI, 1 JUN – Dua pegawai Pakistan yang dihalau oleh India atas tuduhan mengintip telah kembali ke tanah air hari ini, kata jurucakap kedutaan.
Kerajaan India mengatakan kelmarin, kedua-duanya telah ditahan kerana ‘menunjukkan minat dalam aktiviti pengintipan’, dan diberi tempoh 24 jam untuk meninggalkan negara itu.
Media India berkata kedua-dua pegawai itu – bekerja di jabatan visa kedutaan – telah ditahan kelmarin semasa cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai penubuhan keselamatan India. – AFP