Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pegawai masjid, gesa undang-undang senjata api dilaksanakan

    TRENTON, KANADA, 21 OKT – Pengasas bersama masjid Bandaraya Quebec tempat enam jemaah terbunuh dalam insiden tembakan maut pada 2017, kelmarin menggesa penggubal undang-undang Kanada supaya memperketat dan meluluskan rang undang-undang senjata api yang dicadangkan, lapor agensi Anadolu.

    Boufeldja Benabdallah berkata RUU C-21 wajar menyertakan larangan ke atas senjata serbu (assault rifle) separa automatik “yang tidak munasabah digunakan untuk memburu. Kita tidak perlukan senjata perang.”

    Pada 29 Januari 2017, Alexandre Bissonnette datang ke Pusat Kebudayaan Islam Bandaraya Quebec ketika solat magrib berakhir.

    Dia cuba melepaskan rentetan peluru menggunakan senapang serbu 223 separa automatik namun tersekat, lalu mencapai pistol separa automatik Glock 9 mm miliknya.

    Dalam masa kurang daripada dua minit, dia membunuh enam jemaah dan mencederakan 19 yang lain termasuk lima parah. Ia merupakan insiden terburuk dalam premis keagamaan dalam sejarah Kanada. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...