Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Pegawai mohon maaf selepas wanita keguguran di luar hospital

    BEIJING, 6 JAN – Seorang pegawai kesihatan di bandar Xi’an meminta maaf hari ini berhubung insiden seorang wanita mengandung lapan bulan yang mengalami keguguran selepas rakaman video tular mengenai sebuah hospital yang enggan menerimanya kerana wanita tersebut tidak menjalani ujian saringan COVID-19.

    Insiden terbabit berlaku pada 1 Januari lalu selepas rakaman video serta gambar kejadian yang diambil oleh anak saudara mangsa tular dalam media sosial, memaparkan wanita terbabit duduk di kerusi plastik di luar perkarangan hospital berkenaan dengan berlumuran darah.

    Video tersebut kemudian dihapuskan tetapi rakaman yang tersebar sebelum ini mendapat hampir jutaan tontonan sehingga mengundang kemarahan orang ramai tentang keperitan yang dihadapi oleh penduduk Xi’an.

    “Saya memohon maaf kepada pesakit ini bagi pihak suruhanjaya kesihatan bandar,” kata pengarah suruhanjaya kesihatan, Liu Shunzhi kepada wartawan, sebelum tunduk kepada hadirin.

    Liu berkata hospital telah dimaklumkan untuk ‘memberi pampasan’ kepada wanita terbabit dan meminta maaf bahawa ‘akses kepada penjagaan kesihatan tidak berjalan lancar semasa pandemik’.

    Bandar itu berkata dalam kenyataan awal hari ini insiden yang berlaku di Hospital Xi’an Gaoxin telah menimbulkan ‘kebimbangan meluas dan menyebabkan impak sosial yang teruk’, menambah, yang biro kesihatan tempatan masih lagi menyiasatnya.

    Pengurus besar hospital itu telah digantung kerja berhubung insiden terbabit. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...