Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai penguat kuasa antara dua ditahan terima rasuah

    KUALA LUMPUR, 28 JULAI – Seorang pegawai penguat kuasa yang pernah bertugas di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh antara dua individu ditahan kerana disyaki menerima rasuah dianggarkan lebih RM100 juta sejak 2021.

    Sumber berkata pegawai penguat kuasa itu menerima rasuah bagi meluluskan permohonan visa oleh warga Bangladesh memasuki Malaysia yang kononnya untuk tujuan melancong.

    “Hasil siasatan mendapati pegawai itu dipercayai bersubahat dengan agensi pekerjaan di Bangladesh dan Malaysia dengan sengaja menyalahgunakan Visa Luar Negara (VLN) membawa masuk rakyat Bangladesh untuk bekerja di Malaysia sejak 2021.

    “Selain itu, siasatan juga mendapati pegawai itu dipercayai menerima bayaran sekitar RM1,363 (AS$300) ke RM2,272 (AS$500) bagi setiap kelulusan permohonan VLN melibatkan jumlah rasuah dianggarkan lebih RM100 juta meskipun pembayaran visa yang ditetapkan oleh kerajaan hanya RM105 sahaja,” kata sumber itu.

    Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi individu dipercayai pengarah urusan syarikat pembekal tenaga kerja yang disyaki bersekongkol dengan pegawai penguat kuasa terbabit. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda