Saturday, February 15, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai penguat kuasa ditahan, terima rasuah RM100,000

    KOTA KINABALU, 14 FEB – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM100,000 daripada syarikat pengangkutan tahun lepas.

    Menurut sumber, suspek berusia 40an itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan dengan menerima rasuah sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap lori milik syarikat terbabit yang melakukan kesalahan jalan raya.

    Suspek ditahan kira-kira 8 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah, susulan daripada tangkapan terhadap seorang pembantu penguat kuasa pada Selasa lepas.

    Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta wang rasuah dari kira-kira 30 syarikat pengangkutan sejak Oktober 2023 hingga November tahun lepas, dengan jumlah bayaran bulanan antara RM300 hingga RM3,000 yang dianggarkan berjumlah RM100,000. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda