Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pegawai penyelidik dakwa SPRM tawar RM10 juta, ditahan

    PUTRAJAYA, 23 FEB – Seorang pegawai penyelidik yang membuat dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan RM10 juta kepada bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, ditahan SPRM semalam.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam sidang media mengenai kejayaan Ops Tropicana membongkar sindiket penipuan pelaburan dalam talian di sini hari ini berkata lelaki itu ditahan bagi disiasat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan.

    Menurutnya, lelaki itu ditahan selepas diminta hadir ke ibu pejabat SPRM di sini pada 3:30 petang semalam untuk memberi keterangan.

    Lelaki itu dikatakan mendakwa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful untuk menukar kenyataan bagi menganiayai bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Azam berkata walaupun permohonan maaf telah dibuat oleh lelaki berkenaan di laman media sosialnya, namun secara peribadi beliau tidak dapat mengampunkannya kerana ia telah merosakkan reputasi SPRM dengan tuduhan liar. – Bernama

    Azam ketika sidang media mengenai Ops Tropicana di Ibu Pejabat SPRM kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...