Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai polis didakwa minta, terima rasuah RM12,000

    TAWAU, 21 OKT – Seorang pegawai polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta serta menerima suapan berjumlah RM12,000 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada tahun lepas.

    Mohamad Soffi Jalal, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

    Dia  yang bertugas sebagai Inspektor Siasatan dan Perundangan dituduh secara rasuah meminta suapan wang tunai RM5,000 daripada seorang individu untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan membuat aduan palsu di Pejabat Pegawai Penyiasat IPD Lahad Datu pada 28 Feb tahun lepas.

    Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Soffi didakwa secara rasuah memperoleh suapan wang tunai RM7,000 daripada individu sama di lokasi sama pada 4 Mac tahun lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda