TAWAU, 21 OKT – Seorang pegawai polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta serta menerima suapan berjumlah RM12,000 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada tahun lepas. Mohamad Soffi Jalal, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.