Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pegawai polis disiasat kes rempuhan Halloween ditemui mati

    SEOUL, 11 NOV – Seorang pegawai polis Korea Selatan yang disiasat berhubung kes rempuhan Halloween yang membunuh lebih daripada 150 orang di Seoul ditemui mati hari ini.

    Lelaki berusia 55 tahun itu, hanya dikenal pasti dengan nama keluarga Jeong, ditemui mati di kediamannya di Seoul, beritahu pegawai di Agensi Polis Negara kepada AFP.

    Jeong, pegawai risikan, telah bekerja di balai polis yang menyelia daerah Itaewon, kawasan hiburan di ibu negara Korea Selatan di mana rempuhan berlaku.

    Pejabatnya – Balai Polis Yongsan – merupakan salah satu sasaran siasatan besar-besaran dalam insiden itu, termasuk kegagalan mengawal orang awam sebelum rempuhan.

    Penyiasat sebelumnya telah menggeledah balai polis tersebut.

    Transkrip panggilan kecemasan, dikeluarkan pada awal bulan ini oleh polis, menunjukkan hotline mereka telah menerima 11 laporan mengenai bilangan orang yang terlalu ramai empat jam sebelum rempuhan berlaku, namun gagal mengambil tindakan.

    Jeong telah dituduh mengarahkan laporan risikan dimusnahkan, yang mengingatkan tentang potensi berlakunya kemalangan mengenai acara Halloween di Itaewon, lapor agensi berita Yonhap. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...