Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai polis maut, 4 cedera dalam serangan bom di Yala

    YALA, THAILAND, 17 FEB – Seorang pegawai polis maut manakala empat lagi cedera dalam satu serangan bom di Bannang Sata di Yala, Thailand, hari ini.

    Kejadian berlaku kira-kira 11:30 pagi (waktu tempatan) ketika sekumpulan polis diketuai Ketua Siasatan Jenayah Balai Polis Bannang Sata yang menaiki sebuah pikap dalam perjalanan ke tempat kejadian serangan khianat yang berlaku pada malam Khamis. 

    Enam buah kenderaan di dua lokasi di Bannang Sata dilaporkan terbakar dalam serangan khianat itu.

    Ketua Polis Daerah Bannang Sata, Kolonel Polis Ranon Surawit berkata sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda