Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Pegawai tentera Indonesia dipenjara seumur hidup

    JAKARTA, INDONESIA, 7 JUN – Seorang pegawai tentera Indonesia berpangkat pertengahan telah dilucutkan pangkat selepas dijatuhi hukuman penjara seumur hidup hari ini atas pembunuhan, bersama-sama menafikan hak kebebasan orang lain dan menghapuskan jasad dengan niat menyembunyikan dalam kes yang mencetuskan kecaman awam.

    Priyanto berpangkat kolonel sebelum dijatuhi hukuman dan dipecat.

    Dua orang bawahan Priyanto bersamanya apabila kereta mereka merempuh dua remaja bermotosikal pada Disember. Handi Saputra, 17, sedang menunggang motosikal bersama teman wanitanya Salsabila, 14, di wilayah Barat Jawa.

    Semasa perbicaraan di ibu negara Indonesia, Jakarta, Priyanto mengaku bahawa dia mempunyai idea untuk menghapuskan dua mayat kerana dia fikir remaja berkenaan telah meninggal dunia dan tidak bergerak atau bernafas.

    Bagaimanapun, beberapa saksi lain, termasuk seorang orang awam yang membantu mengangkat mangsa-mangsa ke dalam kereta Priyanto di lokasi kejadian, berkata bahawa Handi masih bergerak dan merintih kesakitan.

    Daripada membawanya ke hospital, Priyanto mengarahkan orang bawahannya untuk memasukan kedua-dua mangsa ke dalam kereta.

    Meskipun penolakan orang-orang bawahannya terhadap rancangannya itu, Priyanto memutuskan untuk membuang mangsa ke sungai besar berdekatan supaya hanyut ke laut dengan harapan mayat-mayat berkenaan akan hilang atau dimakan oleh haiwan dan tidak ditemui.

    Kedua-dua mayat berkenaan ditemui penduduk setempat tiga hari kemudian di sungai-sungai berasingan di wilayah jiran, Jawa Tengah.

    Pakar forensik yang tampil sebagai saksi berkata bahawa air ditemui dalam sistem pernafasan Handi, menunjukkan bahawa dia masih hidup apabila dibuang ke sungai. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...