Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai tinggi tentera Bangladesh terkorban

    DHAKA, 31 Mac – Seorang pegawai kanan tentera yang memimpin sayap perisikan pasukan keselamatan elit Bangladesh meninggal dunia hari ini, beberapa hari selepas dia cedera dalam serangan bom yang diakui dilakukan oleh kumpulan Islamic State (IS).

    Leftenan Kolonel Abdul Kalam Azad yang diberikan mesin sokongan hidup dan diterbangkan ke Singapura Ahad lalu, sehari selepas dia cedera parah dalam satu letupan berdekatan sebuah persembunyian militan.

    Dia diterbangkan kembali ke Dhaka Rabu lepas dan dimasukkan ke hospital tentera selepas keadaannya kekal tidak berubah.

    “Dia meninggal dunia pada awal pagi ini, Mizanur Rahman Bhuiyan, seorang jurucakap Batalion Tindakan Pantas memberitahu AFP.

    Bangladesh bangga sebagai sebuah negara Islam. Namun persepsi itu telah rosak oleh beberapa siri pembunuhan kejam terhadap blogger-blogger aties, warga asing dan minoriti-minoriti agama.

    Kolonel Azad, 41, merupakan pengarah perisikan RAB yang telah sekian lama menjadi barisan hadapan bagi Bangladesh dalam perjuangan menentang militan Islam.

    Dia merupakan pegawai tentera ranking tertinggi yang telah terbunuh di negara itu dalam lebih dari sedekad panjang menentang ekstremis Islam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda