Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peguam, aktivis turun ke lapangan terbang

    WASHINGTON, 30 Jun – Peguam dan aktivis hak asasi mengambil kedudukan di lapangan-lapangan terbang utama Amerika Syarikat (AS) ketika versi lara-ngan perjalanan Presiden Donald Trump yang melemahkan, berkuat kuasa lewat semalam.

    Namun tidak ada tanda kekacauan yang pernah meletus apabila versi pertama larangan itu yang dipersendakan sebagai berdiskriminasi terhadap orang Islam, dengan tiba-tiba dikenakan semula pada Januari lalu.

    Peguam-peguam bekerja tanpa bayaran telah mendirikan stesen bantuan undang-undang sementara sekiranya diperlukan – sesetengahnya dengan tanda dalam bahasa Arab – di lapangan-lapangan terbang New York, Los Angeles, San Francisco, Chicago, Washington dan bandar-bandar lain, menurut laporan berita.

    Para pembantah yang berang terhadap dasar-dasar imigresen Trump juga muncul, dengan sesetengah di Los Angeles membawa sepanduk hitam putih yang menyelar Trump sebagai fasis.

    Namun beberapa jam pertama versi baru larangan itu seperti yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi, nampaknya bermula dengan tenang.

    John Wider memegang sepanduk mengalu-alukan orang Islam di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Tom Bradley di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada 29 Jun, di Los Angeles. – AP
    John Wider memegang sepanduk mengalu-alukan orang Islam di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Tom Bradley di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada 29 Jun, di Los Angeles. – AP

    Adegan dramatik beberapa orang yang tiba dari tujuh negara Islam ditahan dan disoal siasat selama beberapa jam tidak berlaku, dengan malah sesetengah me-reka diusir dengan arahan singkat, ke tempat dari mana mereka datang.

    “Kami benar-benar tidak menjangkakan sebarang isu di lapangan terbang. Tetapi kami berada di sini jika diperlukan, untuk memantau, untuk memberitahu orang ramai apa yang sedang berlaku dan untuk melaporkan balik tentang apa yang kami lihat,” Camille Mackler, pengarah inisiatif undang-undang di New York Immigration Coalition memberitahu The Daily Beast.

    Dia adalah antara sukarela di Lapangan terbang JFK di New York yang menantikan penerbangan dari London, Istanbul, Doha dan Abu Dhabi.

    “Kami kira kami akan melihatnya di luar negara, kerana ia benar-benar bagi mereka yang memohon visa,” tambah Mackler.

    Pentadbiran Trump mengatakan lara-ngan sementara itu perlu untuk mencegah pengganas-pengganas dari negara itu, tetapi para penyokong penghijrah mendakwa ia dengan menyalahi undang-undang menyingkirkan orang Islam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda