Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Peguam bela sindiket keluarga edar dadah tarik diri

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Kes membabitkan sindiket keluarga pengedar dadah dalam Operasi Musang King dihadapkan di mahkamah hari ini dengan beberapa perkembangan yang baharu.

    Majistret Kanan Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar telah menetapkan kes itu untuk menjalani siasatan pada Disember.

    Sementara itu, Peguam Bela Roy Prabhakaran dan Pengiran Muhammad Khairul Nizam bin Pengiran Haji Mohd Yassin telah menarik diri daripada mewakili anak guam mereka. Bagaimana-pun, Peguam Bela Daud Ismail masih mewakili Isamuddin bin Ahmad.

    Defendan, Ahmad bin Haji Tamit dan isterinya Maskunah binti Wahab, bersama anak mereka Isamuddin, Mohammad Saifuddin dan Siti Izzatul Munirah, serta suaminya Jakaria bin Ahad, didakwa atas dua kesalahan di bawah Seksyen 3A, Akta Penyalahgunaan Dadah, Bab 27, yang membawa hukuman mati.

    Defendan didakwa memiliki 18.9943 kilogram methylamphetamine untuk pengedaran. Dadah itu didakwa ditemui di kawasan belakang sebuah rumah di Jalan Junjongan.

    Dakwaan juga menyatakan, mereka memiliki 532.44 gram methylamphetamine dalam botol untuk pengedaran, juga ditemui berhampiran kawasan sama.

    Defendan tinggal di rumah dalam kawasan tersebut.

    Selain itu, Isamuddin menghadapi satu pertuduhan memiliki, bagi tujuan mengedar, 54.1 gram methylamphetamine di dalam beg plastik hitam di sekitar sebuah rumah di Jalan Junjongan. Kesalahan itu membawa hukuman penjara antara 20 dan 30 tahun, serta sebatan mandatori 15 kali sebatan.

    Siti Izzatul Munirah dan Jakaria turut didakwa memiliki hasil jenayah yang bertentangan dengan Seksyen 3, Perintah Pemulihan Aset Jenayah 2012, iaitu rumah dianggarkan bernilai $80,000 hingga lebih $100,000.

    Mereka juga didakwa menyembunyikan pemilikan sebenar kenderaan dengan mendaftarkan kereta itu di bawah nama pihak ketiga.

    Siti Izzatul Munirah juga menghadapi pertuduhan memiliki lebih 50 barang kemas emas yang didakwa hasil jenayah.

    Timbalan Pendakwa Raya Hajah Suriana binti Haji Radin mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...