Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peguam cabar suami Bunga Citra Lestari audit semula akaun syarikat

    Isu cemburu bukan punca Arina Winarto membangkitkan isu pecah amanah wang RM1.7 terhadap bekas suaminya iaitu Tiko Aryawardhana.

    Peguam mewakili bekas isteri Tiko iaitu Leo Siregar menegaskan tiada sebarang unsur dengki atau cemburu sebaliknya perbuatan pecah amanah adalah tuduhan serius, lapor mStar.

    Sebaliknya, Leo mencabar suami kepada penyanyi Bunga Citra Lestari itu melakukan audit akaun syarikat bagi membuktikan dia tidak bersalah.

    “Saya pernah tegaskan yang tiada langsung kaitan dengan motif cemburu atau dengki.

    $6.9 bilion Rupiah bukan jumlah yang kecil, jadi sila buat audit semula. Kita sama-sama lihat keputusannya nanti,” katanya.

    Dalam pada itu, Leo meminta agar Tiko bersikap profesional dan tidak mengeluarkan kenyataan mengelirukan bagi menutup kesalahan dilakukan.

    “Daripada mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, adalah lebih baik semua pihak beri kerjasama agar proses undang-undang segera diselesaikan,” katanya.

    Sebelum ini Tiko didakwa menggelapkan wang syarikat yang diusahakan bersama Arina tanpa pengetahuannya.

    Tiko didakwa melakukan perkara itu di antara tahun 2015 sehingga 2021 ketika memegang jawatan sebagai pengarah syarikat PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS). – Agensi

    Tiko diminta untuk berhenti membuat kenyataan yang mengelirukan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda