Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Peguam Myanmar dituduh bantu tentera ditembak mati

    BANGKOK, 26 MAC – Seorang peguam korporat veteran telah ditembak mati di bandar terbesar Myanmar oleh kumpulan yang mengaku gerila bandar, menonjolkan pergelutan berdarah antara kerajaan tentera dan musuh-musuhnya di bandar-bandar negara itu serta kawasan pedalaman.

    Min Tayza Nyunt Tin ditembak beberapa kali ketika memandu keretanya di Yangon Jumaat lalu, menurut seorang rakan perniagaan, laporan-laporan media dan kenyataan daripada kumpulan gerila itu.

    Kumpulan itu, yang menggelar diri mereka Urban Owls, menuduh mangsa sebagai rakan perniagaan pemimpin tentera negara itu yang merampas kuasa dua tahun lalu. Dia juga didakwa membantu mereka menggubah wang untuk membeli hartanah dan aset perniagaan di luar negara dalam urus niaga berjumlah ratusan juta dolar.

    Dakwaan-dakwaan itu tidak dapat disahkan secara bebas, dan seorang rakan sekerja Min Tayza menafikan dakwaan gerila itu.

    Mangsa ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BIZ Law Consult Myanmar, sebuah firma guaman yang pakar dalam undang-undang harta intelek dan tanda dagangan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -