Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peguam negara NY tubuh juri agung siasat kematian Prude

    NEW YORK, 6 SEPT – Peguam negara bandar New York kelmarin mengumumkan bahawa beliau akan membentuk sebuah jemaah juri untuk menyiasat kematian seorang lelaki berkulit hitam yang ditutup muka dan dipaksa meniarap di atas jalan oleh polis.

    Keluarga Daniel Prude berkata kematiannya pada 30 Mac lalu selepas mesin sokongan hidupnya dimatikan, tujuh hari selepas dia ditahan oleh pihak polis di bandar Rochester.

    Dia merupakan keturunan Afrika-Amerika yang meninggal dunia selepas ditahan oleh pihak berkuasa, kes yang telah membangkitkan tunjuk perasaan di seluruh Amerika Syarikat.

    Pembentukan juri agung menunjukkan tindak balas serius pihak berkuasa terhadap kematian Prude berikutan mereka memiliki kuasa membuat pendakwaan.

    “Keluarga Prude dan komuniti Rochester melalui saat yang getir dan perit. Pihak kami akan membentuk juri agung secepat mungkin sebagai sebahagian siasatan kami,” kata Peguam Negara New York, Letitia James dalam satu kenyataan.

    Pengumuman itu dibuat sehari selepas penunjuk perasaan, dengan segelintir memakai topi keledar dan membawa perisai, bertembung dengan polis ketika berdemonstrasi berkaitan kematian Prude di Rochester.

    “Saya menyambut baik tindakan pantas dan tegas @NewYorkStateAG (Jabatan Peguam Negara New York) dengan membentuk juri agung. Keadilan tertangguh adalah menafikan keadilan dan penduduk New York berhak mengetahui kebenarannya,” kata Gabenor New York, Andrew Cuomo menerusi Twitter. – AFP

    Pihak polis Rochester cuba untuk meleraikan tunjuk perasaan yang tercetus selepas kematian Daniel Prude di tangan anggota polis.- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda