BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti POKSDSP Haji Mohd Salleh, menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd (BSP), Dr. Ceri M Powell, di Bangunan Undang-undang hari ini.
Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati dan Dr. Ceri M Powell telah bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama di antara kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan BSP, termasuk di dalam menambahbaikkan kepa-karan dan bakat tempatan di dalam sektor minyak dan gas.
Dr. Powell juga menyampaikan penghargaan beliau kepada Pejabat Peguam Negara untuk peranan dan sumbangan pejabat berkenaan di dalam industri minyak dan gas selama ini.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut adalah pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.
