PESHAWAR, Pakistan, 22 Feb – Peguam di barat laut Pakistan memboikot perbicaraan mahkamah tatkala protes selepas pengeboman berani mati yang menyasarkan mahkamah sehari sebelumnya, membunuh tujuh orang.
Munib Khan, ahli persatuan peguam serantau berkata bantahan hari ini bertujuan untuk memaksa kerajaan untuk menjadikan mahkamah dalam keadaan lebih selamat.
Beberapa kumpulan Taliban, Jamaat-ul-Ahrar, mendakwa bertanggungjawab dalam pengeboman pada kelmarin di bandar barat laut Tangi di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, yang bersempadan dengan Afghanistan.
![Askar Pakistan mengepung kawasan pengeboman berani mati di Charsadda, Pakistan pada 21 Februari 2017. Peguam di barat laut Pakistan memboikot perbicaraan mahkamah tatkala protes selepas pengeboman berani mati yang menyasarkan mahkamah sehari sebelumnya, membunuh tujuh orang. – AP](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/P14-B_23217.jpg)
Serangan itu adalah yang terbaru dalam satu gelombang serangan militan di negara itu yang telah membunuh lebih 125 sejak minggu lalu, termasuk pengeboman kuil yang didakwa oleh kumpulan Islamic State, yang mengorbankan 90 nyawa.
Pengeboman telah mendorong tindakan keras di seluruh negara oleh pasukan keselamatan yang menyasarkan militan dan tempat persembunyian mereka.
Pakistan telah berperang dengan militan Islam selama lebih daripada satu dekad. – AP