YANGON, 29 Jan – Seorang peguam terkemuka Islam dan anggota parti memerintah Myanmar ditembak mati bersama pemandu teksi di luar lapangan terbang antarabangsa Yangon hari ini, menurut pegawai.
Ko Ni, penasihat undang-undang kepada parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi, ditembak sebaik sahaja dia memasuki teksi d luar balai ketibaan kira-kira jam 5 petang oleh pembunuh yang juga membunuh pemandu teksi itu.
“Seorang lelaki tidak dikenali menembaknya di kepala ketika dia menaiki teksi. Lelaki itu kemudiannya ditangkap,” kata sumber.
Jurucakap pejabat presiden, Zaw Htay mengatakan Ko Ni baru sahaja kembali daripada lawatan delegasi kerajaan ke Indonesia. – AFP