Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Pegula cipta kejutan, benam Sabalenka

    CANCUN,1 NOV – Jessica Pegula mencipta sensasi apabila membuat kejutan dengan menewaskan pemain nombor satu dunia, Sabalenka dalam straight set di pusingan akhir WTA di Cancun hari ini.

    Pegula yang juga pemain nombor lima dunia mengalahkan Sabalenka dengan keputusan 6-4, 6-3 dan ia adalah kemenangan kedua daripada enam pertemuan kedua-dua musim itu.

    Kejayaan itu diperoleh selepas prestasi yang penuh kesilapan oleh pemain nombor satu dunia dan itu adalah kali pertama Pegula mencapai separuh akhir dalam kejohanan musim akhir.

    Pegula terjamin mencapai separuh akhir sebagai pemenang Kumpulan Bacalar kelmarin selepas pemain empat teratas, Elena Rybakina, mengalahkan Maria Sakkari, dari Greece dengan keputusan 6-0, 6-7 (4/7), 7-6 (7/2) dalam perlawanan lain pada hari tersebut.

    “Saya berasa lebih selesa bermain dengan (pemain-pemain teratas) tahun ini, saya rasa lebih yakin,” kata Pegula selepas kemenangannya.

    Jessica Pegula memegang trofi kemenangannya dalam kejohanan tenis Terbuka Korea pada 15 Oktober. – AP

    Pegula mengakui bahawa tahun lalu, ketika dia mencapai kelompok lima teratas, dia mungkin terlalu fikirkan perkara itu dan mempersoalkan sama ada dia benar-benar layak berada di tahap tersebut.

    Sabalenka, yang merupakan salah seorang daripada beberapa pemain yang telah mengadu tentang keadaan gelanggang pada kejohanan minggu ini, kelihatan tidak selesa sepanjang perlawanan, dengan mencatat 33 kesilapan sendiri dan lima kesilapan berganda.

    Sabalenka, yang masih boleh mara ke separuh akhir dengan kemenangan ke atas Rybakina pada Khamis, sekali lagi mengadu keadaan permukaan bermain selepas kekalahan, menggambarkannya ‘seperti kulit’.

    “Kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku, sama ada pantulan itu akan membantu atau menentang awda,” kata Sabalenka.

    “Saya rasa hari ini adalah hari di mana ia tidak berfungsi dengan baik untuk saya. Tetapi tidak mengapa saya masih mempunyai peluang untuk melepasi kumpulan, jadi saya cuba bertahan.

    “Saya akan cuba menganalisis apa yang berlaku hari ini. Saya akan melakukan segala yang saya mampu dalam perlawanan seterusnya.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...