Friday, July 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Pegula ketepikan pilihan pertama

    BERLIN, 23 JUN – Jessica Pegula kembali ke gelanggang untuk menyingkirkan pemain pilihan utama dan pasangan beregu, Coco Gauff 7-5, 7-6 (7/2) untuk mara ke final kejohanan WTA Berlin hari ini.

    Separuh akhir telah ditangguhkan semalaman dengan pemain pilihan keempat Pegula mendahului rakan senegaranya dari Amerika Syarikat (AS), Gauff 7-5, 6-6 (3/1).

    Setelah sesi disambung semula hari ini, Pegula memenangi empat daripada lima mata untuk mara ke perlawanan akhir gelanggang rumput pertamanya.

    Pegula seterusnya akan menentang pemain Rusia, Anna Kalinskaya yang menewaskan Victoria Azarenka 6-1, 6-7 (3/7), 6-1 dalam perlawanan separuh akhir yang sengit kelmarin.

    Kalinskaya pernah tewas kepada Pegula dalam satu-satunya pertemuan mereka sebelum ini di separuh akhir Washington pada tahun 2019, dengan pemain AS itu kemudiannya meraih gelaran pertamanya pada minggu tersebut.

    Kelmarin, tiga aksi suku akhir ditangguhkan disebabkan oleh hujan dari hari sebelumnya, manakala dua lagi perlawanan dipendekkan ketika Aryna Sabalenka dan Ons Jabeur menyertai barisan pemain yang cedera di atas gelanggang rumput dalam acara pemanas badan Wimbledon.

    Penyandang juara Wimbledon, Marketa Vondrousova menarik diri akibat kecederaan pinggul kanan pada minggu tersebut dengan bekas juara Wimbledon, Elena Rybakina turut menarik diri. – AFP

    Aksi Pegula menentang Gauff semasa perlawanan suku akhir perseorangan wanita Jelajah WTA di Berlin pada 22 Jun 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir: Sembilan maut, jutaan terjejas

    GUWAHATI, 4 JULAI – Hujan lebat dan sungai melimpah di timur laut India dan negara jiran, Bangladesh, telah meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, menurut pegawai...