Friday, November 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegula tarik diri dari Final WTA akibat kecederaan

    RIYADH, 7 NOV – Pilihan keenam Amerika, Jessica Pegula telah menarik diri daripada Final WTA di Riyadh kerana kecederaan lutut kiri, menurut pengumuman kejohanan itu kelmarin.

    Sebagai naib juara di pusingan akhir Final WTA tahun lalu, Pegula tewas dua perlawanan pembukaannya di Arab Saudi dalam straight set dan tidak berpeluang untuk mara ke separuh akhir.

    Finalis Terbuka AS itu dijadualkan menentang juara bertahan Iga Swiatek pada hari terakhir pusingan round-robin hari ini dan kini akan digantikan oleh Daria Kasatkina dalam jadual.

    “Saya hanya mengalami sedikit masalah dengan kecederaan dan entah mengapa, ia benar-benar bertambah teruk minggu ini. Saya tidak pasti kenapa,” jelas Pegula, 30 tahun.

    “Dalam beberapa hari sebelum latihan, ia rasa sangat-sangat baik, tetapi rasa sakitnya mula kembali sebelum perlawanan pertama saya, dan saya rasa tidak selesa untuk bergerak di atas gelanggang, jadi saya hanya ingin membuat keputusan untuk, malangnya, menarik diri.”

    Kasatkina berada di kedudukan ke sembilan dunia dan baru-baru ini merangkul gelaran WTA 500 di Ningbo.

    Dia mempunyai rekod 1-5 ketika bermain menentang Swiatek, tewas dalam lima pertembungan terakhir berturut-turut dengan pemain Poland itu.

    Coco Gauff adalah satu-satunya pemain dalam Kumpulan Jingga di Riyadh yang telah mengesahkan tempat ke separuh akhir. – AFP

    Aksi Pegula semasa perlawanan tenis perseorangan wanita di Kejohanan Final WTA di Riyadh pada 5 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda