BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) memaklumkan bahawa sempena kedatangan bulan Ramadan 1445 Hijrah, Pejabat BDCB akan ditutup pada 11 atau 12 Mac, tertakluk kepada hasil penglihatan anak bulan Ramadan.
Penutupan berkenaan juga termasuk Galeri Mata Wang dan Gift Shop BDCB; Mesin Deposit Syiling BDCB; Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Biro Kredit, Isu Penggunaan Kewangan, dan Baki Wang yang Tidak Dituntut serta sistem pembayaran Real Time Gross Settlement (RTGS) dan Automated Clearing House (ACH).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, BDCB turut mengongsikan waktu operasi sepanjang bulan Ramadan yang mana waktu bekerja adalah pada Isnin hingga Khamis dari 8 pagi hingga 3 petang, dan Jumaat dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Gift Shop BDCB beroperasi pada Isnin hingga Khamis sahaja dari 8:30 pagi hingga 12 tengah hari; Galeri Mata Wang dibuka setiap Isnin hingga Khamis dari 8:30 pagi hingga 12 tengah hari dan Jumaat dari 8:30 hingga 10:30 pagi; dan Mesin Deposit Duit Syiling beroperasi pada Isnin hingga Khamis dari 8:30 pagi hingga 2 petang dan Jumaat dari 8:30 pagi hingga 10 pagi.
Sementara itu, Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Biro Kredit, Kaunter Perkhidmatan Isu Pengguna Kewangan dan Kaunter Perkhidmatan Baki Wang yang Tidak Dituntut pula akan beroperasi pada Isnin hingga Khamis dari 8:30 pagi hingga 2 petang dan Jumaat dari 8:30 pagi hingga 10:30 pagi.
Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk membuat panggilan terlebih dahulu bagi membuat perjanjian di talian 2233369 (Biro Kredit), 8380007 (Isu Pengguna Kewangan) dan 2380975 (Pengawalseliaan).
Manakala itu, perkhidmatan sistem RTGS akan beroperasi pada Isnin hingga Khamis dari 9 pagi hingga 2 petang dan Jumaat dari 9 pagi hingga 11:10 pagi dan sistem ACH pada Isnin hingga Khamis dari 8:30 pagi hingga 1:40 petang dan Jumaat dari 8:25 pagi hingga 10:50 pagi.


