MOSCOW, 16 JAN – Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerima sampul surat yang mencurigakan, yang kemudiannya dihantar kepada pegawai pertahanan untuk ujian, lapor Sputnik.
“Terdapat kesan bahan berminyak pada sampul surat itu,” The Jerusalem Post melaporkan kelmarin dan menambah wujud kebimbangan bahawa
ia mungkin mengandungi bahan berbahaya.
Namun, bungkusan itu selamat selepas pemeriksaan oleh unit pelupusan polis, menurut The Jerusalem Post.
Tiada butiran lanjut dinyatakan mengenai kandungan sampul surat itu. – Bernama
