Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Sempena bulan suci Ramadan ini, Pejabat Peguam Negara telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Khatam Al-Quran di Dewan Jubli Emas, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja
Isteri Pengiran Anak Saleha, baru-baru ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa. Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan takhtim serta Doa Khatam Al-Quran.
Aktiviti keagamaan ini diadakan setiap tahun bagi memuliakan bulan Ramadan yang bermula dari awal Ramadan oleh warga jabatan berkenaan.


