KEBANYAKAN jalan-jalan raya di Jerman dipenuhi dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang berbadan ‘gagah’ dengan enjin yang mengeluarkan bunyi deruan yang tinggi, namun kenderaan elektrik seperti permainan kanak-kanak berwarna kuning terang yang dipandu oleh para posmen ini menjadi tumpuan ketika berada di jalan raya Jerman.
Namun apa yang lebih memeranjatkan bagi sebuah negara yang mencintai jenama kereta sendiri itu ialah apabila logo yang terdapat pada kereta Deutsche Post yang lebih dikenali sebagai ‘Streetscooters’ semakin banyak dan meningkat, sebuah van yang lebih kecil berbanding jenama ikonik negara itu, Volkswagen Golf.
Bagi sesetengah penganalisis berpendapat, bekas syarikat firma logistik milik kerajaan itu muncul untuk mempamerkan industri auto seperti Volkswagen, atau Daimler untuk melakukan transisi ke arah elektrifikasi kereta dengan lebih cepat.
Lebih daripada 6,000 buah ‘street-scooters’ dari 49,300 buah kenderaan di Deutsche Post menggunakan kereta elektrik untuk menghantar barangan dan baru-baru ini, syarikat itu telah membuka kilang kedua dan meningkatkan lagi pengeluaran mereka sehingga 40 penghantaran dalam sehari.
Apabila pembuat kereta tradisional agak lambat untuk bertindak balas terhadap penyelesaian mereka dalam menangani pengurangan karbon, telah mendorong firma-firma kecil ini untuk membina sendiri van-van kos rendah.

Pakar industri, Ferdinand Dudenhoeffer dari Pusat Penyelidikan Automotif menamakan langkah itu sebagai ‘Senjata Permulaan’ untuk automotif elektrik di Jerman, di mana isu semasa di negara itu lebih banyak dikuasai oleh skandal pelepasan diesel yang tidak berkesudahan.
Bagi seorang veteran berusia 20 tahun di pejabat pos Frankfurt, Miroslav Arapovic, kenderaan baharu itu akan membawa satu matlamat iaitu mengurangkan deruan bunyi kuat dan lebih baik untuk alam sekitar.
“Saya sudah menerima banyak pujian daripada orang ramai, namun hakikatnya, tidak ada tanda minyak di tepi-tepi jalan,” katanya kepada media.
Memastikan kelancarannya
Deutsche Post mereka bentuk ‘Street-scooter’ sebagai sebuah kenderaan pengantaraan untuk kawasan bandar-bandar utama. Baterinya menawarkan rangkaian sehingga 80 kilometer sahaja, secara dasarnya ia mampu mengurangkan kos pengeluaran firma itu.
Memandangkan keperluan itu sangat khusus, perkembangan itu tidak memberikan kesan yang drastik buat pengeluar-pengeluar kereta utama yang memberi tumpuan kepada model pasaran besar-besaran dan ia tidak menimbulkan cabaran, jelas Stefan Reindl, pengarah Institut Ekonomi Automobil (IFA).
Firma-firma seperti Volkswagen mempunyai rangkaian pengeluaran yang tidak fleksibel, merangsang mereka untuk tidak menghasilkan kereta-kereta berskala kecil malah mereka lebih cenderung untuk menghasilkan kenderaan yang lebih baik dan berteknologi tinggi berbanding mengejar minima.
Bagi pihaknya, Deutsche Post tidak mahu menjadi pembuat kereta tetapi hanya berkeinginan untuk mengoptimumkan penghantaran mereka, kata Ketua ‘Streetscooter’, Achim Kampker.
‘Kilometer terakhir’, istilah terma yang dipakai oleh industri telekom, merupakan persoalan utama untuk sebuah firma penghantaran, pihak berkuasa bandar dan alam sekitar, terutama di pusat bandar Jerman yang sedikit tercemar.
Ia merujuk kepada persoalan bagaimana untuk menghantar barangan dari pusat bandar dengan lebih cekap ke destinasi terakhir mereka khususnya di kawasan bandar yang padat dengan penduduk itu.
Bilangan kenderaan itu berjaya meningkatkan keuntungannya, memandangkan pakej e-dagang semakin tinggi dengan penghantaran ke pintu-pintu rumah.


Satu kajian British mendapati pada tahun 2017 bahawa trafik bagi van ini di London telah meningkat sebanyak 30 peratus berbanding catatan pada tahun 1993, tidak seperti lalu lintas kereta dan teksi yang telah menurun sejak awal tahun 2000an.
Sementara itu, bandar-bandar di Jerman berebut-rebut untuk membersihkan udara mereka selepas keputusan pihak mahkamah yang memutuskan bahawa kenderaan diesel boleh sahaja diharamkan sebagai langkah terakhir mereka dalam usaha menangani pencemaran udara.
Hemburg dan Stuttgart adalah antara pihak berkuasa tempatan yang pertama untuk menutup sebahagian wilayah mereka kepada kereta-kereta jenis lama yang dikuasai oleh bahan-bahan api.
Semakin menyengat
Walaupun tuntutan Kampker terhadap cita-citanya itu terhad, ‘Streetscooter’ secara beransur-ansur menjadi tarikan utama khususnya dalam pasaran yang semakin berkembang ini, menawarkan produk kepada pelanggan selama setahun dengan kos sekitar 40,000 euro setiap satu.
Pada akhir bulan Mei lalu, mereka telah mengumumkan penjualan sekitar 200 van itu kepada firma penghantaran susu British, manakala syarikat firma tenaga Innogy menempah sekitar 300 van elektrik itu pada awal bulan Julai yang lalu.
‘Streetscooter’ juga turut mengusahakan model yang lebih besar, kuat bersama dengan Ford yang berpangkalan di Amerika Syarikat serta akan membekalkan casis van baharu itu.
Keselesaan awal itu tidak semestinya menjamin kejayaan yang kekal khususnya dalam industri yang sangat kompetitif, di mana pembuat kereta tradisional mengorak langkah kepada kenderaan elektrik. Pada tahun 2017, Daimler telah mengumumkan untuk bekerjasama dengan firma penghantaran Hermes untuk membangun dan menghasilkan sekitar 1,500 van itu menjelang 2020.
Seorang penganalisis bertanya sama ada Deutsche Post boleh kekal berdaya saing untuk jangka waktu yang panjang di pasaran di mana firma besar seperti Volkswagen mula membuat sesuatu yang dianggap mampu memberi saingan hebat.
Pakar industri Reindl berasa yakin dan pasti bahawa akan ada pelbagai tawaran daripada pelbagai pihak untuk memenuhi keperluan isi-isi rumah dalam masa terdekat ini.
“Mungkin inilah masanya untuk mereka beradaptasi dan berfikir sama ada untuk menjadikan produk mereka begitu rumit dan kompleks setiap masa,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Deutsche Post, Frank Appel berkata bahawa pada bulan Jun lalu, dia berhasrat untuk memastikan ‘Streetscooter’ akan mampu bertahan sekurang-kurangnya untuk dua tahun akan datang, walaupun dalam jangka waktu yang panjang, ia mungkin akan mendapat penyenaraian pasaran saham yang berasingan atau dibeli oleh pembuat kereta utama. – AFP