Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pejabat, sekolah ditutup ribut pasir landa Tehran

    TEHRAN, 4 JULAI – Iran hari ini menutup pejabat, mahkamah, sekolah dan universiti di Tehran selepas ribut pasir kuat melanda ibu negara, media kerajaan melaporkan.

    “Jawatankuasa kecemasan pencemaran udara wilayah Tehran diarahkan menutup semua pejabat pentadbiran dan pusat pendidikan awam hari ini kerana pencemaran berleluasa debu,” kata agensi berita kerajaan, IRNA.

    Tahap penglihatan amat terhad di Tehran, bandar berpenduduk lebih lapan juta orang.

    Wilayah jiran, Alborz, terletak di barat ibu negara, juga mengumumkan penutupan semua pejabat, bank dan pusat saintifik serta pendidikan, menurut laporan televisyen.

    Ia melaporkan satu peningkatan ‘dalam kepekatan pencemaran atmosfera dan debu’ di udara.

    Meskipun rantau itu sering dilanda ribut pasir, awan debu sudah menjadi lebih kerap dan semakin berleluasa dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini.

    Trend tersebut telah dikaitkan dengan perubahan iklim dan kawasan ragutan melampau serta pembasmian hutan, selain penggunaan berlebihan air sungai dan lebih banyak empangan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...