Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pejabat tentera bakal dibina di sempadan

    NUNUKAN, Indonesia, 31 Mac – Kerajaan Indonesia bercadang membina tiga buah ibu pejabat tentera di kawasan sempadan Kalimantan Utara yang bersempadan dengan Malaysia, lapor agensi berita Indonesia Antara.

    Ibu Pejabat itu akan dibina di Long Nawang Daerah Malinau dan Long Midang serta Tau Lumbis di Daerah Nunukan, kata Gabenor Kalimantan Utara Irianto Lambrie di sini, Selasa.

    Rancangan pembinaannya dimaktubkan selepas pegawai kanan Kementerian Penyelaras Undang-Undang, Keselamatan dan Hal Ehwal Politik mengadakan lawatan di wilayah itu, kata gabenor.

    Kerajaan Pusat turut memberikan keutamaan kepada rancangan itu, katanya selepas lawatan oleh Timbalan Setiausaha Penyelaras Keselamatan Negara Semi Djoni Putra.

    Semi Djoni Putra berkata, tiga lokasi itu dipilih memandangkan keselamatan di kawasan berkenaan agak longgar.

    “Rancangan untuk membina pejabat tentera di kawasan sempadan akan dilakukan secara berperingkat bermula dengan tiga lokasi yang dilihat mempunyai kawalan agak longgar,” katanya.

    Kalimantan Utara berkongsi sempadan dengan Malaysia, Papua New Guinea dan Timor Timur. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda