TAIPEI, 7 April – Pemerhati Hak Asasi Antarabangsa, Wartawan Tanpa Sempadan berkata ia telah membuka pejabat pertama Asia di Taiwan selepas menolak kebimbangan Hong Kong yang China akan memberi ‘ancaman besar’ kepada kebebasan media.
Juga dikenali dengan nama Perancisnya Reporters Sans Frontieres (RSF), organisasi berpangkalan di Paris itu memutuskan ke atas pilihan asal mereka iaitu Hong Kong, memetik kebebasan yang semakin teruk di bandar China semi-autonomi.
Taiwan adalah wilayah bebas di Asia dan berada di tempat ke-51, menurut Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia RSF pada 2016, sementara Hong Kong di tangga ke-69 dan China di tangga ke-176.
Penentang China, Wu’er Kaixi, yang menjadi lembaga emeritus RSF, berkata Hong Kong mengetengahkan ‘halangan sebenar’ bagi pemerhati untuk menjalankan kerja pemantauannya.
“Mereka tidak dapat menjamin keselamatan kakitangan mereka,” kata Wu’er, bekas pemimpin pelajar semasa bantahan prodemokrasi Tiananmen Square, China pada 1989 yang kini hidup dalam buangan di Taiwan.
Dia mencadangkan pulau itu sebagai satu alternatif, memetik landskap media yang kompetitif dan bergelora.
“Kebebasan berucap dan kebebasan akhbar bukanlah satu isu di Taiwan. Apa yang mungkin menjadi masalah adalah ancaman dari China,” kata Wu’er kepada AFP.
“RSF menyedari yang China adalah ancaman terbesar kepada kebebasan akhbar, oleh itu ia memutuskan untuk memindahkan tumpuannya ke Asia,” tambahnya.
Pembukaan itu ‘bertujuan untuk menangani cabaran baru kebebasan media di rantau yang semakin berpengaruh di dunia,” kata setiausaha agung RSF, Christophe Deloire dalam satu kenyataan lewat kelmarin.
Pejabat di Taipei itu akan meliputi negara-negara Asia Timur lain termasuk Jepun, Korea Utara, Korea Selatan dan Mongolia. – AFP