DHAKA, 28 April – Empat suspek pejuang Islamis yang meletupkan diri mereka di sebuah tempat persembunyian di Bangladesh, telah menamatkan ketegangan 24 jam, kata polis hari ini.
Polis menyerbu rumah berkenaan di bandar utara Shibganj lewat Rabu setelah mendapat maklumat yang mengatakan pelampau berkenaan telah bersembunyi di sana, mencetuskan ketegangan hebat yang berakhir dengan letupan dan tembakan senjata lewat kelmarin.
“Empat militan dari JMB meletupkan diri mereka menggunakan bahan letupan bom,” kata ketua polis tempatan Mujahidul Islam kepada AFP, merujuk kepada kumpulan Islam yang diharamkan, Jamayetul Mujahideen Bangladesh.
“Kami meminta mereka untuk menyerah diri beberapa kali namun tiada jawapan,” katanya lagi.
Islam berkata polis telah menangkap isteri salah seorang lelaki berkenaan, yang kini ditahan bersama anak perempuannya berusia enam tahun. – AFP