Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pejuang etnik minoriti Myanmar rampas bandar daripada tentera

    BANGKOK, 17 DIS – Pejuang etnik minoriti yang memerangi junta Myanmar berkata kelmarin bahawa mereka merampas hab perdagangan di negeri Shan, beberapa hari selepas China berkata ia telah menjadi pengantara gencatan senjata sementara.

    Pertempuran berlaku di seluruh negeri Shan utara Myanmar sejak Tentera Arakan (AA), Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) dan Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta’ang (TNLA) melancarkan serangan bersama lewat Oktober.

    Tiga kumpulan bersekutu itu dikenali sebagai The Three Brotherhood Alliance mengatakan bahawa mereka telah menawan kedudukan tentera dan hab sempadan yang penting untuk perdagangan dengan China, mengemukakan apa yang dikatakan penganalisis sebagai cabaran ketenteraan terbesar kepada junta sejak ia merampas kuasa pada 2021.

    Pada Khamis, Beijing mengumumkan gencatan senjata sementara antara perikatan dan tentera Myanmar. Terdapat masa aman di kawasan yang dikuasai MNDAA, tetapi pertempuran berterusan di kawasan yang dikawal oleh TNLA dan AA.

    TNLA berkata mereka menawan Namhsan pada Jumaat selepas melancarkan serangan di kawasan itu lebih dua minggu lalu.

    “Kami mendapat bandar itu,” kata Brigedier Jeneral Tar Bhone Kyaw kepada AFP. TNLA menyiarkan rakaman video di Facebook yang menunjukkan pemimpin kumpulan itu melawat bandar dan bercakap dengan askar junta yang ditawan.

    Brigedier Jeneral Zaw Min Tun, jurucakap tentera Myanmar, juga memberitahu saluran TV kendalian kerajaan MRTV pada Jumaat bahawa pertempuran berterusan di sekitar Namhsan.

    Menurut Tar Bhone Kyaw TNLA, tentera Myanmar juga kehilangan Zon Perdagangan 105 Batu, saluran perdagangan utama di sempadan dengan China di perbandaran Muse, negeri Shan.

    Secara keseluruhan, perikatan tiga kumpulan itu berkata mereka telah merampas 422 pangkalan dan tujuh bandar daripada tentera Myanmar sejak 27 Oktober. – AFP

     Anggota kumpulan bersenjata etnik minoriti Ta’ang National Liberation Army (TNLA) berkawal di kawasan kuil kem bukit yang dirampas daripada tentera Myanmar di Perbandaran Namhsan di utara Negeri Shan Myanmar pada 13 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda