Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pejuang Hizbullah balas serangan Israel

    BEIRUT, 22 FEB – Serangan udara Israel di selatan Lubnan membunuh seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan kelmarin, telah mendorong gerakan pejuang Hizbullah yang kuat di Lubnan untuk bertindak balas dengan tembakan roket.

    Pergerakan pejuang Hizbullah yang disokong Iran dan musuh ketatnya, Israel telah berbalas tembakan hampir setiap hari merentasi sempadan sejak perang Israel-Hamas meletus pada 7 Oktober.

    Agensi Berita Nasional Lubnan berkata bahawa Khadija Salman terbunuh dan anak perempuannya cedera parah dalam serangan musuh di kampung selatan Majdal Zun.

    Sumber dari hospital yang meminta untuk kekal dirahsiakan mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia dan anak perempuannya berada dalam keadaan serius, sambil menambah bahawa seorang kanak-kanak turut terbunuh.

    Pekerja penyelamat berkata beberapa orang lain cedera dan dikejarkan ke hospital.

    Pada petang itu, pejuang Hizbullah berkata bahawa mereka melepaskan beberapa roket ke arah kibbutz Matzuva di seberang sempadan di Israel “sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas kampung dan rumah orang awam” termasuk Majdal Zun.

    Pergerakan Syiah juga mengaku bertanggungjawab atas 11 operasi lain terhadap kedudukan tentera Israel di sempadan.

    Pertukaran tembakan rentas sempadan sejak Oktober telah membunuh kira-kira 271 orang di pihak Lubnan, kebanyakannya pejuang Hizbullah tetapi juga termasuk 42 orang awam, menurut pengiraan AFP. – AFP

    Pejuang Hizbullah melaungkan slogan semasa pengebumian komander kanan mereka, Ali Dibs yang terbunuh oleh serangan udara Israel, di bandar Nabatiyeh, selatan Lubnan pada 16 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...