AIN ISSA, Syria, 15 Okt – Beberapa pejuang kumpulan Islamic State asing telah meninggalkan kubu Raqa di Syria di bawah satu perjanjian tatkala penaklukan bandar semakin dekat, kata seorang pegawai tempatan hari ini.
“Sebahagian daripada warga asing telah meninggalkan kawasan itu,” kata Omar Alloush, anggota senior Majlis Awam Raqa, apabila ditanya mengenai perjanjian yang diumumkan semalam untuk pejuang jihad IS meninggalkan Raqa.
Beliau tidak dapat mengesahkan jumlah pejuang yang telah meninggalkan bandar semalam, atau di mana mereka pergi.
“Mereka membawa orang awam sebagai perisai manusia dan meninggalkan bandar,” tambah beliau.
Semalam, Allouch memberitahu AFP satu perjanjian telah dicapai untuk pejuang IS asing dan Syria meninggalkan Raqa.
Sebelumnya, gabungan pimpinan AS yang menyokong serangan ke atas bandar berkata satu konvoi akan meninggalkan Raqa tetapi mengetepikan pejuang IS asing.
Tentera Demokratik Syria yang disokong AS, gabungan pejuang Kurdish dan Arab, telah bertempur sejak Jun untuk menawan Raqa.
Mereka mengawal kira-kira 90 peratus daripada bandar, namun telah bergelut untuk menawan semula kedudukan IS yang tinggal disebabkan kebimbangan sejumlah besar orang awam yang ditahan sebagai perisai manusia.
Raqa pernah menjadi ibu negara de facto pemerintahan ‘khalifah’ Syria yang terletak di antara Syria dan Iraq.
Kehilangannya akan menjadi tamparan terbaru kepada kumpulan itu, yang telah melucutkan sebahagian besar wilayah termasuk bandar kedua Iraq Mosul. – AFP