Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pejuang IS pertama dilucutkan kewarganegaraan Australia

    SYDNEY, 12 Feb – Seorang pejuang Islamic State (IS) merupakan warga Australia pertama yang dilucutkan kewarganegaraan di bawah undang-undang antikeganasan, pihak berkuasa dan laporan menyatakan.

    Khaled Sharrouf – yang menjadi tajuk berita utama dalam 2014 apabila dia menyiarkan satu imej anak bongsunya memegang kepala disembelih di Twitter –dilucutkan kewarganegaraannya awal tahun ini, akhbar The Australia melaporkan semalam.

    Jurucakap bagi Menteri Imigresen Peter Dutton mengesahkan kepada AFP hari ini bahawa dia dilucutkan kewarganegaraan namun tidak memberikan atau mengesahkan perincian lanjut.

    Sharrouf juga merupakan warga Lubnan, menurut The Australia. Pada usia 35 tahun, dia meninggalkan Australia untuk berkunjung ke Syria dalam 2013 bersama keluarganya.

    Isterinya, Tara Nettleton dilaporkan mati tahun lalu dan Sharrouf pula dipercayai terbunuh dalam satu serangan dron di Iraq dalam 2015.

    Namun laporan media tidak lama selepas itu menyangsikan bahawa dia sudah mati. Nasib lima anaknya juga tidak diketahui, tambah akhbar itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda