THE HAGUE, 17 Ogos – Hakim jenayah perang hari ini berkata bahawa pejuang jihad Mali bertanggungjawab terhadap kerosakan tempat-tempat suci Timbuktu bernilai 2.7 juta euro pada 2012 dan memerintahkan pembayaran ganti rugi dalam satu keputusan penting.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memerintahkan supaya mangsa-mangsa penguburan harta karun bersejarah di kota barat Afrika itu dibayar ganti rugi individu, kolektif dan simbolik.
Tetapi hakim di tribunal yang berpangkalan di The Hague juga mengakui bahawa Ahmad Al-Faqi Al-Mahdi – yang dipenjara September lalu selama sembilan tahun – papa kedana dengan mengatakan ia kini terpulang kepada Tabung Amanah untuk Mangsa bagi memutuskan bagaimana jumlah itu perlu dibayar.
Dana berkenaan diwujudkan pada 2004 oleh pihak-pihak negara ICC dengan matlamat untuk menangani kemudaratan hasil daripada pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.
Ia melaksanakan apa-apa ganti rugi yang diperintahkan oleh mahkamah termasuk pembayaran kewangan dan membantu mangsa.
Pembiayaan datang daripada penderma awam dan swasta denda yang diperintahkan oleh mahkamah serta rampasan daripada penjenayah.
Dana itu kini mempunyai sehingga 16 Februari untuk membuat perancangan bagaimana melaksanakan pampasan ganti rugi berkenaan.
Hakim selanjutnya memerintahkan Mali dan masyarakat antarabangsa diberi pampasan dengan simbolik satu euro setiap seorang untuk ganti rugi yang mereka alami.
Jihadis memusnahkan sembilan makam dan pintu masjid Sidi Yahya yang berusia berkurun lamanya, sebahagian dari zaman kegemilangan Islam.
Timbuktu, yang diasaskan oleh suku kaum Tuareg diantara kurun kelima dan ke-12, diberikan nama jolokan “city of 333 saint’, merujuk kepada sejumlah cendikiawan Islam yang dikebumikan di sana.
Ketika tempoh tenang dan damai pada kurun ke-15 dan 16, bandar itu dihormati sebagai pusat pembelajaran Islam tetapi bagi fanatik kurun ke-21, ia adalah bentuk sederhana Islam yang dilabelkan sebagai pemujaan.
Serangan ke atas tapak khazanah dunia bukan sahaja mencetuskan kecaman global tetapi juga membawa kepada kebiasaan perundangan. Kes Mahdi adalah yang pertama dihadapkan ke ICC sebagai kes kemusnahan jenayah budaya.
Menurut kanun mahkamah 1998, Rome Statute, hakim-hakim boleh memastikan bahawa mangsa layak menerima pampasan termasuk “pengembalian, ganti rugi dan pemulihan.”
Mahkamah juga boleh menyerahkan arahan saecara langsung ke atas orang yang disabitkan kesalahan, meminta pampasan yang sama. – AFP