PELAKON Hollywood Luke Perry yang meninggal dunia akibat serangan strok baru-baru ini dilaporkan turut menderita penyakit kanser usus. Menurut US Magazine, Luke menderita penyakit kanser usus itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pelakon popular dengan drama Beverly Hills 90210 itu pernah mendedahkan secara terbuka tentang perkara berkenaan. Dalam beberapa temu bual sebelum 2017, dia bercerita tentang pengalaman melawan penyakit tersebut.
Dia juga terkenal dengan semangat untuk hidup sihat dan menjalani pelbagai rawatan dan terapi menghilangkan penyakit itu. Luke Perry meninggal pada usia 52 tahun selepas diserang angin ahmar teruk dan dimasukkan ke hospital beberapa minggu lalu.
Pegawai publisiti Perry, Arnold Robinson, berkata aktor itu meninggal dunia di hospital di Los Angeles di sisi keluarga dan rakan rapatnya, termasuk bekas isteri Minnie Sharp. – Agensi