Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pejuang Mali dihadapkan ke ICC

    THE HAGUE, 1 April – Pejuang Mali semalam ditahan dan diserahkan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk berdepan tuduhan jenayah perang termasuk pemusnahan Timbuktu dan perhambaan, menurut mahkamah pengadilan.

    Al Hassan Ag Abdoul Aziz Ag Mohamed Ag Mahmoud ditahan oleh pihak berkuasa Mali dan tiba di pusat tahanan pengadilan di The Hague, menurut kenyataan mahkamah.

    Pejuang berusia 40 tahun itu berdepan dengan beberapa tuduhan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan kerana pemusnahan Timbuktu antara tahun 2012-2013 dan termasuk tuduhan rogol dan kahwin paksa.

    “Pihak ICC telah menghantar mesej yang tegas kepada sesiapa sahaja di mana saja berada yang melakukan jenayah yang melibatkan kemanusiaan bahawa pihak pejabat akan sentiasa memburu semasa masih dalam mandat,” menurut ketua pendakwa, Fatou Bensouda.

    Penahanan Al-Hassan terjadi empat selepas pihak mahkamah telah mengeluarkan waran tangkapan antarabangsa terhadapnya. Pihak pendakwa memberitahu bahawa dia telah terlibat dengan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang di Timbuktu, Mali antara April 2012 dan Januari 2013.

    “Tuduhan ke atasnya itu mewakili jenayah dan menyebabkan sebahagian besar penduduk menjadi mangsa,” tambah Bensouda. Dia merupakan ekstremis Islam kedua yang akan berdepan dengan perbicaraan di ICC selepas pemenjaraan selama sembilan tahun pada 2016 atas kesalahan jenayah perang iaitu warga Mali yang lain mengaku bersalah atas kemusnahan Timbuktu di 2012.

    Mahkamah jenayah telah memberi amaran bahawa memusnahkan warisan tidak akan terlepas dengan hukuman.

    Dalam kes pertama yang menumpukan kepada pemusnahan budaya yang dilihat sebagai jenayah perang, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mendapati al-Faqi al-Mahdi mengarahkan untuk melakukan serangan ke atas tapak warisan dunia UNESCO semasa cubaan untuk menawan bahagian utara Mali pada 2012. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda