Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peka kesihatan mental

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Untuk meningkatkan pengetahuan tentang pencegahan dan pengesanan awal penyakit mental, Syarikat Vam(R) BRN Sdn Bhd telah mengadakan Ceramah Kesihatan Mental untuk pegawai dan kakitangannya yang berlangsung di syarikat berkenaan di Pusat Industri Tanah Jambu, hari ini.

    Lebih 50 orang pegawai dan kakitangan menghadiri ceramah kesihatan mental berkenaan yang merupakan antara inisiatif syarikat untuk memberikan yang terbaik kepada pegawai dan kakitangan mereka dan sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat.

    Taklimat yang disampaikan oleh penceramah dari Pusat Promosi Kesihatan iaitu Pegawai Pendidikan Kesihatan, Dayang Nurayuni Atikah binti Haji Marzuki, itu menyentuh beberapa perkara antaranya tentang kesihatan mental, kemurungan, dan resah yang dialami oleh pekerja.

    Menurut beliau, kesejahteraan psikologi dan emosi seseorang dan semua orang juga harus ambil perhatian.

    Beliau juga menekankan, semua orang mempunyai rasa sedih atau tertekan atau takut. Kebanyakan masa, perasaan tersebut dapat diatasi, tetapi kadang-kadang ia berkembang menjadi masalah yang lebih serius dan yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

    Perkara ini, tegasnya, tidak boleh diambil ringan dan tidak harus dibiarkan berlaku sehingga menjadikan lebih parah.

    Program berkenaan antara lain juga berobjektif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental untuk menjana kesihatan yang baik dan mengurangkan tanggapan dan stigma negatif berkaitan penyakit mental.

    Dayang Nurayuni dari Pusat Promosi Kesihatan menyampaikan ceramah mengenai kesihatan mental.
    Antara yang hadir mendengarkan ceramah berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda