Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekan purba Si Thep tersenarai warisan dunia

    BANGKOK, 19 SEPT – Pekan purba Si Thep yang musnah, kompleks kuil, biara dan bangunan-bangunan lain berusia 1,500 tahun di Thailand, telah ditambah ke senarai warisan dunia UNESCO, hari ini.

    Tapak di wilayah Phetchabun – kira-kira 200 kilometer (km) di utara Bangkok – itu merupakan tapak kebudayaan pertama Thailand yang diiktiraf oleh UNESCO sejak 1992.

    Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berterima kasih kepada badan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas keputusan itu tetapi seorang pakar memberi amaran bahawa kompleks itu belum bersedia untuk kemasukan pelancong.

    Ahli-ahli arkeologi menganggarkan patung dan bangunan Si Thep, yang dibina oleh tamadun Dvaravati, berusia antara 1,500 dan 1,700 tahun dahulu.

    Pada zaman kemuncaknya, bandar itu merupakan sebuah metropolis budaya dan perdagangan yang berkembang maju yang meraikan kepercayaan Hindu dan Buddha.

    Keputusan itu diumumkan oleh UNESCO pada mesyuarat di Riyadh, dan dalam mesej video yang disediakan, Srettha mengucapkan terima kasih kepada perwakilan untuk penyenaraian itu. – AFP

    Gambar yang diambil pada 14 September lalu menunjukkan seorang pelancong melawat tapak bersejarah Si Thep di wilayah Phetchabun, Thailand. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda