Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekayuh veteran meriahkan Hari Keputeraan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Kira-kira 18 pekayuh basikal veteran terdiri daripada gabungan Oil Town Cycling dan Panaga Folding mengadakan aktiviti riadah berbasikal di Daerah Belait bagi memeriahkan lagi sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77, pagi tadi.

    Menurut Awang Zainal yang merupakan ahli kumpulan pekayuh veteran berkenaan, aktiviti tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama peminat basikal serta bagi menjaga kesihatan.

    Beliau berkata, gabungan para peminat basikal di Daerah Belait diketuai oleh Haji Abu Bakar bin Haji Abdullah dari Oil Town Cycling dan Panaga Folding diketuai oleh Pengiran Afindi bin Pengiran Haji Damit.

    Kayuhan santai bermula dari Perumahan Panaga 2000 melalui Jalan Maulana terus ke Jalan Panglima dan masuk ke kawasan Tudung Saji.

    Para pekayuh basikal veteran yang ikut serta dalam aktiviti tersebut bergambar ramai. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda