Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja asing tambah pendapatan jual buah

    HANOI – Kelihatan penduduk di kawasan ini sedang bermain kad dan berkaraoke bagi membantu pekerja asing ini menghabiskan masa di rumah perahu yang sempit di Sungai Merah Hanoi, menukar privasi mereka untuk menambah penjualan buah untuk beberapa ringgit sehari.

    Penduduk sementara yang tinggal di bot-bot kecil ini telah meninggalkan kawasan pedalaman untuk mencari gaji yang lebih tinggi di kawasan bandar. Kehidupan di rumah terapung boleh menjadi sukar, kerana tidak ada bekalan api elektrik dan tidak ada kemudahan air serta AS$0.40 sen sewa untuk satu malam.

    Mereka akan tidur di atas tikar yang nipis, terdedah kepada ruang-ruang yang terbuka di dalam perahu tersebut, sementara privasi langsung tidak ada di perahu tersebut di mana hanya terdapat kelambu bagi membahagikan ruang yang sudah sempit. Akan tetapi pekerja asing ini boleh mendapatkan sehingga AS$8 sehari dengan hanya menjual pisang, mangga, buah naga dan buah lemon di belakang basikal atau digerai-gerai yang sibuk di Vietnam.

    Hasil jualan tersebut merupakan empat kali ganda lebih tinggi berbanding apa yang diperoleh oleh Nguyen Thi Hong di sebuah kilang pakaian di luar bandar. “Saya tidak dapat memperoleh wang yang mencukupi untuk membesarkan anak-anak saya,” katanya sambil memberitahu bahawa anaknya berada di rumah bersama ayah mereka di Ba Vi, 60 kilometer dari Hanoi. “Justeru, saya berpindah ke sini,” tambahnya.

    Untuk mencari pekerjaan

    Setiap tahun, lebih daripada 260,000 pendatang telah masuk ke Hanoi dan kawasan selatan Bandar Ho Chi Minh bagi belajar dan untuk bekerja. Ramai yang mengambil pekerjaan sementara dalam bidang pembinaan atau bekerja sebagai pembantu rumah, pengasuh dan peniaga.

    Setiap tahun lebih 260,000 pendatang telah masuk ke Hanoi dan kawasan selatan Bandar Ho Chi Minh bagi belajar dan untuk bekerja. – AFP
    Penduduk sementara yang tinggal di bot-bot kecil ini telah meninggalkan kawasan pedalaman untuk mencari gaji yang lebih tinggi di kawasan bandar. – AFP

    Upah atau gaji di bandar-bandar Vietnam sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih tinggi berbanding di kawasan pedalaman di negara di mana Bank Dunia mengatakan purata pendapatan tahunan adalah sekitar AS$2,600.

    Pekerja-pekerja asing ini berjuang untuk mengakses ‘kerja yang baik atau berkhidmat dengan sektor kerajaan namun kebanyakannya terdedah kepada penyalahgunaan seksual atau buruh, kata Nguyen Quoc dari Organisasi Antarabangsa untuk migrasi di Hanoi.

    Kebanyakan pekerja tinggal di Sungai Merah itu, di mana fleksibiliti dan persahabatan sering terjalin dengan menjual buah-buahan dan memberikan sedikit sebanyak keselesaan.

    “Ia merupakan rumah yang besar di mana kita berkongsi masalah bersama di antara satu dengan yang lain, jika saya kekurangan duit, saya akan dapat meminjam duit daripada rakan yang lain,” kata penjual berusia 54 tahun, Han Van Hoa, yang telah tinggal di bot tersebut selama 10 tahun bersama dengan isterinya. Sebagaimana jiran-jirannya yang lain, dia juga perlu bangun seawal pagi untuk membeli buah-buahan secara borong kemudian menjualnya di gerai-gerai besar di Hanoi.

    Berikutan keadaan bandar raya yang telah mengalami transformasi dari bandar yang sepi kepada pusat komersial yang semakin berkembang pesat, Han Van Hoa berkata bahawa masyarakat dan penduduk seperti dirinya masih berpegang kepada budaya asli mereka. “Hanoi semakin berkembang pesat, namun kami tidak,” katanya kepada media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda