Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja binaan dipenjara curi rangka aram-aram

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Seorang pekerja binaan dipenjarakan tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas pertuduhan mencuri.

    Imam Tohari berusia 43 tahun dari Indonesia mengaku bersalah kerana mencuri rangka aram-aram dari kawasan sebuah rumah di Jalan Singa Menteri kira-kira jam 10 pagi pada 30 Januari 2017.

    Dia didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali. Kertas pertuduhan menyebut, tertuduh memutuskan untuk mencuri rangka aram-aram tersebut selepas beberapa kali melewati rumah itu dan mendapati rumah itu kosong.

    Tertuduh menyimpan 11 rangka aram-aram yang sudah berkarat itu ke dalam but kereta dan membawanya ke rumah sewanya untuk dicat dengan warna coklat muda.

    Pada hari yang sama sekitar jam 11:55 pagi, pemilik rangka aram-aram mendapati barangnya hilang dan terus membuat laporan polis.

    Siasatan yang dijalankan membawa kepada tangkapan tertuduh pada hari yang sama kira-kira jam 3:30 petang di rumah sewanya di Jalan Singa Menteri di mana tertuduh mengaku mencuri rangka aram-aram itu untuk memudahkannya menjalankan tugas sebagai pekerja binaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda