Ketika melayari laman Facebook, penulis terbaca mengenai pekerja tempatan yang dibuang kerja serta-merta.
Saya berasa terkilan kerana masih ada sesetengah syarikat swasta yang sambil lewa memberhentikan pekerja tempatan secara mendadak dan tanpa alasan yang kukuh.
Hal itu bukan sahaja mengejutkan, tetapi juga mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dan kurangnya penghargaan terhadap tenaga kerja tempatan yang telah berusaha keras demi kemajuan syarikat.
Apatah lagi, syarikat berkenaan sering kali mendakwa bahawa mereka komited terhadap pembangunan dan kesejahteraan masyarakat tempatan.
Namun, apabila berhadapan dengan sedikit cabaran, mereka dengan mudah melepaskan pekerja yang telah berkhidmat dengan setia, tanpa memberikan alasan yang masuk akal.
Tindakan sebegini hanya menimbulkan rasa tidak puas hati dan merendahkan moral pekerja yang masih berkhidmat, serta menimbulkan tanda tanya mengenai integriti syarikat tersebut.
Adalah wajar bagi pihak syarikat untuk mempertimbangkan semula pendekatan mereka dalam situasi seperti itu.
Sebelum membuat keputusan, kajian mendalam perlu dijalankan untuk memastikan bahawa semua langkah-langkah lain telah diambil bagi mengelakkan pemberhentian.
Dengan cara itu, syarikat tersebut bukan sahaja dapat mengekalkan imej positif, tetapi juga menunjukkan komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat yang sebenar.
Adalah lebih bijak untuk memikirkan kesan jangka panjang sebelum mengambil tindakan yang hanya akan merugikan syarikat itu sendiri, baik dari segi reputasi mahupun produktiviti.
Kalish