Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja diseru jalani ujian COVID-19

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Syarikat-syarikat atau institusi di negara ini dialu-alukan untuk membuat saringan COVID-19 secara beramai-ramai bagi pekerja dan kakitangannya dengan adanya kit ujian ART (Antigen Rapid Test) yang boleh didapati di negara ini. 

    Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkata, meskipun membuat saringan menggunakan kit ujian ART dialu-alukan, membuat ujian swab secara pandu lalu di pusat-pusat swab pandu lalu yang disediakan di negara ini lebih digalakkan.

    Ini disebabkan ujian RT-PCR bagi COVID-19 atau ujian swab adalah lebih baik untuk dilakukan, jelas beliau pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Tambahan lagi, menurut beliau, ujian swab melalui pandu lalu tidak akan mengenakan sebarang perintah kuarantin bagi mereka yang menjalaninya.

    Sebaliknya mereka akan hanya disarankan untuk membuat pengasingan diri sehingga keputusan ujian diperolehi.

    Para pekerja dan kakitangan dialu-alukan untuk membuat saringan COVID-19 seperti menggunakan kit ujian ART. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda