NANJING, 7 OGOS – Juruelektrik di Nanjing di China kini dibekalkan jaket pelindung pendingin hawa semasa bertugas menyelenggara grid bekalan elektrik ketika musim panas terik sedang melanda, lapor Xinhua.
Syarikat itu memperoleh enam set jaket untuk juruelektrik barisan hadapannya tahun ini.
Jaket itu dihasilkan oleh syarikat yang berpangkalan di Wuxi, Jiangsu, menggunakan pemampat pendingin hawa bagi menyejukkan suhu dan memasukkan air penyejuk ke dalam saluran peredaran di dalam jaket untuk mencapai kesan penyejukan seterusnya.
Keputusan ujian menunjukkan bahawa jaket itu boleh mengurangkan suhu permukaan badan hampir 10 darjah Celcius dan kesan penyejukan boleh bertahan selama hampir satu jam.
Penggunaan elektrik di wilayah Jiangsu semakin meningkat sejak musim panas ini menyebabkan grid bekalan mengalami bebanan yang tinggi dan menjurus kepada gangguan bekalan sekali-sekala.
Bagi meminimumkan gangguan kepada penduduk, juruelektrik tidak memutuskan bekalan kuasa semasa bertugas dan melindungi diri mereka dengan memakai jaket pelindung penebat. – Bernama
