Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja hotel Labuan maut terkena renjatan elektrik tiang lampu

    LABUAN, 4 MEI – Seorang pekerja hotel maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebuah tiang lampu jalan yang bervoltan tinggi di pusat bandar tengah malam tadi.

    Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Ryandeigo Roselee, 18, yang berasal dari Sook, Keningau, Sabah.

    “Remaja itu tersentuh tiang lampu bervoltan tinggi ketika berjalan di laluan berbumbung sepanjang 50 meter yang berpagar dan tercampak ke laluan pejalan kaki,” katanya pada sidang media di sini.

    Dia ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebelah tiang lampu di laluan pejalan kaki ketika ambulans tiba dan meninggal dunia di tempat kejadian pada 12:05 tengah malam.

    Ahmad berkata mangsa ditemukan oleh abangnya yang berasa tidak sedap hati selepas menyedari adiknya masih belum pulang seperti kelaziman iaitu pada 11:30 malam (syif malam). – Bernama

    Ketua Polis Labuan, Supt Ahmad Jawila (kiri) pada lawatan ke kawasan kejadian melibatkan kes kematian mengejut akibat terkena renjatan tiang elektrik di laluan pejalan kaki Jalan Tanjung Purun, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda