Pekerja kesihatan Sepanyol tunjuk perasaan

MADRID, 26 MEI – Pekerja kesihatan Sepanyol di barisan hadapan yang melawan koronavirus kelmarin berkumpul di luar hospital untuk mengadakan demonstrasi membantah kekurangan peralatan perlindungan.

Jururawat, doktor dan pekerja-pekerja lainnya mengadakan tunjuk perasaan dengan pakaian seragam mereka, ada yang memakai pakaian dengan slogan ‘pekerja kesihatan penting’.

Mereka berdiri bertafakur selama dua minit di pintu gerbang beberapa buah institusi di dalam dan sekitar ibu kota, memegang papan nama dan papan tanda buatan sendiri yang tertulis ‘kami berjuang tanpa senjata’, ‘siapa yang menjaga si penjaga’ dan ‘penjagaan kesihatan awam tidak dapat dijual’.

Matlamatnya adalah untuk orang ramai sedar ‘keadaan pekerjaan yang tidak menentu’ kata Silvia Garcia, jururawat unit rawatan intensif yang bergabung dengan ratusan orang lain di luar hospital Gregorio Maranon.

“COVID-19 hanya memperhebatkan situasi yang kami alami sebelum ini,” katanya kepada AFP.

“Kami perlu mempunyai cara untuk merawat,” kata Victor Aparicio, seorang lagi jururawat di unit intensif hospital yang sama. – AFP