Thursday, October 24, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja kilang maut langgar kerbau

    TAMPIN, 24 OKT – Seorang pekerja kilang maut dipercayai selepas motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau di Kilometer 5 Jalan Tampin-Kuala Pilah berhampiran Kampung Sri Repah, Negeri Sembilan malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Amiruddien Sariman berkata mangsa yang juga seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Melaka.

    “Hasil siasatan menunjukkan kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal dari rumah di Kampung Berambai, Johol menuju ke tempat kerja di Melaka.

    “Apabila sampai di tempat kejadian mangsa tidak sempat mengelak dan terus melanggar seekor kerbau yang berada di laluan motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda