Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja Lapangan Terbang Frankfurt lancar mogok

    ISTANBUL, 7 MAC – Gangguan besar dijangka berlaku di Lapangan Terbang Frankfurt pada Khamis berikutan mogok kakitangan keselamatan, lapor Agensi Anadolu memetik amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa lapangan terbang.

    Pusat pemeriksaan keselamatan akan ditutup pada Khamis berikutan mogok, dan penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Frankfurt tidak dapat melepasi pemeriksaan keselamatan yang diwajibkan undang-undang.

    “Mogok itu akan menyebabkan gangguan besar dan pembatalan penerbangan sepanjang hari,” menurut lapangan terbang itu pada X.

    Lapangan terbang itu menasihatkan penumpang supaya menghubungi syarikat penerbangan atau operator perjalanan mereka mengenai jadual penerbangan masing-masing.

    Kesatuan kakitangan Ver.Di melancarkan mogok pada Selasa berhubung rundingan gaji. – Bernama

    Pesawat Airbus A321-200 milik syarikat penerbangan Jerman Lufthansa diletakkan di atas landasan di Lapangan Terbang Frankfurt, Frankfurt am Main, barat Jerman pada 20 Februari 2024, semasa tindakan mogok oleh kru darat, kakitangan perkhidmatan dan anggota keselamatan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda